Sunday, February 26, 2006

Di Antara Cinta dan Ketaatan

Tini menelaah laporan penggunaan stok dan inventori alat tulis dan barangan pejabat syarikat untuk enam bulan kedua tahun 2005.

Kenapa stok kita nii cepat habis terutama kertas xerox, pen dan pensil. Apa dibuat budak Shamsul tuu. Tak kawal dengan betul ke? Aku perlu cek rekod penggunaan kalau gini.


Dokumen dokumen berkenaan pengunaan stok rupanya beterabur dan tidak dikemaskinikan oleh Shamsul kerani menjaga dan menyelenggara stor. Tini memanggil En Shukur Ketua Kerani Bahagian Pentadbiran.

“Pak Cik saya dapati keaadaan pengurusan dan pentadbiran stor kita tidak terurus. Banyak stok yang tidak dapat kita ‘trace’ penggunaan-nya dan kemungkinan kita megalami kerugian dan kesusutan stok begitu saja. Kenapa Pak Cik tak dapat seliakan kerja kerja Shamsul dengan teratur ?”

“Maaf puan ! Sebenarnya saya dah tegur beberapa kali. Tapi tak diendahkan.”

“Tak boleh kasi amaran bertulis ke ?”

“Puan !!… Shamsul tuu kan anak COO * (Chief Operating Officer * ) kita Dato’ Shafie . Saya nii siapa sangat nak bagi amaran pada dia. Dia anggap saya nii kucing kurap.”

“Saya bukan bos Pak Cik … tapi saya telah di tugaskan oleh Tan Sri untuk memperbetulkan keadaan di sini walau pun itu sepatutnya tugas Pengarah Pentadbiran.”

“Faham puan … keadaan saya sukar puan kan bos saya tuu juga bapa saudara Shamsul!”

“Takpe Pak Cik hanya perlu mengemukan apa-apa dokumen dan rekod berkaitan stor dan kita tengok kalau ada unsur penyelewangan . Pak Cik boleh bantu saya . Kalau ada apa apa nak dilaporkan nanti sila jumpa saya”

Tini terpaksa akur dengan keadaan di syarikat itu. Nepotisme tidak boleh dielak. Tapi amanah pengurusan syarikat kalau tidak dijalankan dengan betul akan melingkupkan syarikat tu sendiri. Berat juga nak selesaikan kes ni kalau melibatkan keluarga terdekat salah seorang ‘major shareholder’ syarikat. Sedangkan Tini hanya pekerja biasa yang digajikan.

Tan Sri Mahmud pengerusi syarikat itu kenal baik dengan bapa Tini. Semasa Tan Sri dalam pasukan Askar Melayu Diraja bapa Tini jadi drebar Tan Sri yang ketika itu berpangkat Mejar. Tan Sri bersara atas pangkat Lt. Jenderal manakala bapa Tini bersara masa berpangkat Sarjen Mejar. Atas perkenalan inilah Tan Sri mengambil Tini bekerja selepas memperoleh Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan di UIA. Berkat kegigihan dan usaha membolehkan Tini berjaya memegang jawatan Pengarah Sumber Manusia. Kini Tan Sri menyuruh Tini menyelidik keadaan stor syarikat yang tidak terurus dengan betul memandangkan syarikat mahu memperketatkan segala perbelanjaan yang tidak memberi pulangan yang baik kepada seluruh gugusan syarikat.


“Hang buat kerja hang aku buat kerja aku!!”

Sombong dan angkuhnya. Rupa paras dah elok tapi perangaii…

“Hang ingat kalau hang buat kacau tak tentu pasal aku tahu apa nak buat kat hang!!”

Hmm sabit tuu PakCik Shukur pun takut nak tegur. Pengarah pun dia tak peduli.

“Baiklah En Shamsul ..kalau pun En Shamsul tak mau bekerjasama saya tetap menjalankan kerja yang diamanahkan kepada saya “

“Eeie…buat lah apa kau nak buat. Kau ingat syarikat nii bapak kau yang punya?”

Aku tahu lah bapa kau COO dan ada ‘share’ dalam syarikat tapi aku lebih saying syarikat nii dari kau.

Shamsul keluar bilik dengan mendentumkan pintu.Tini hanya mengetap bibir sambil menggelengkan kepalanya.

Emas jugak dipandang orang.


Tini membaca e-mail Tan Sri . Ia lega kerana syornya kepada Tan Sri mendapat persetujuan. Shamsul akan ditukarkan ke Bahagian Pemasaran. Di situ dia boleh bebas keluar masuk dan tidak lagi bertanggung jawab atas pengurusan ‘supply’ pejabat. Tempat Shamsul akan diambil alih oleh seorang kerani baru yang akan lapor diri tidak lama lagi.


……
Pintu Tini diketuk orang.

“Puan panggil saya?”

Tini mengangkat kepalanya . Di depan tercegat berdiri seorang pemuda segak.Tersenyum.Melihat kehairanan Tini…

“Saya Termizi puan. Baru lapur diri sebagai kerani stor seminggu lepas!”

“Uh huh! Sila duduk!”

“Puan!”

Termizi masih berdiri.

“Bagaimana keadaan setor ?”

“Agak teruk sikit puan tapi boleh di ‘salvage’”
Hmm… pengunaan terminologi yang tepat. Bijak nampak dia nii

“Ada beberapa perkara yang saya nak En Termizi ambil perhatian. Nii ada memo yang menggariskan tindakan yang perlu diambil dan garis panduan tertentu untuk mengatasi masalah setor. Selepas baca memo nii kalau En Termizi ada ide atau apa apa syor sila berbincang dengan saya’.

“Terima kasih puan dan…”

“Ada apa lagi ..”

“Boleh puan panggil nama aje? Saya hanya seorang kerani di sini”

Termizi sudah pun keluar dari bilik sebelum sempat Tini menjawab.

Tak duduk pun Tak banyak karenah dia nii.



Dua bulan Tini dan Termizi menjalankan operasi baikpulih. Kadangkala terpaksa hingga ke malam. Termizi masih panggil Tini puan walau pun Tini panggil nama aje. Kemesraan sama berkerja tuu memang ada tapi Termizi pemuda misteri. Tidak banyak bercakap. Tekun ngan kerjanya. Tini ada berperasan bahawa Termizi sungguh cekap mengatasi masalah kecil-kecilan dan faham dengan selok belok pengurusan dan pentadbiran tetapi Sayang orang begini hanya kerani sahaja. Tini tak dapat agak dengan tepat kerana Termizi dibawah kelolaan Pengarah Pentadbiran.

Masalah stor akhirnya selesai. Peraturan proses serta prosider baru dimaktubkan. Tan Sri Mahmud pun berpuas hati dengan segala tindakan yang diambil.Termizi ditugas memastikan bahawa semua tindakan ‘follow-up” dijalankan dengan sistematik



Tini turun ke kantin tingkat 5 . Mee goring dicampurnya sedikit nasi dan telor goreng.. Tauke kantin dah tahu apa yang dia nak minum. Itulah rutin harian Tini. Dia membawa pinggan makanannya mencari tempat duduk.

Termizi tuu. Lama tak tanya khabar stor. Macam mana agaknya.

“Ada orang duduk disini?’

“Kalau puan duduk adalah orang!”

Eh ada humor jugak ..

“Apa khabar Termizi ? Macam mana pelaksanaan prosedur baru. Staff kita bagi banyak ‘prob’ ke?”

“Semua ok puan!! Adalah sedikit sebanyak ‘hiccup’ tapi telah diatasi!”

The tarik Tini sampai di meja.

“Awak nampak efisien dalam selok belok pengurusan syarikat mungkin dah ada pengelaman dalam bidang ini?”

“Ada tu ada. Cukup makan aje!”

“Eh! Awak tak makan ke atau hanya minum je?”

“Dah berzaman puan ! Tunggu buah tak gugur!”

Buah apa pulak nii..

“Saya dah lama oder roti bakar tak sampai sampai !”

Oh ! ituuu.

“Alah pi ambik mee ke bihun ke kan dah ‘ready made’ . Angkut buh dalam pinggan. Kenyang”

“Mee dan bihun banyak kolesterol puan. Nak jaga berat badan . Esok bila dah kawen tak banyak komplen “

“Bila Termizi nak kawen? Jemput tau!”

“Itu satu kenyataan ‘hypothetical’ puan! Satu andaian. Sapa lah nak kat kerani cabuk bila banyak lagi eksekutif macho di syarikat nii.”

Aku nii pengarah pun belum laku…

“Ngape puan senyum Ada yang tak kena ?”

“Termizi tak kurang machonya …kan kerana kerja pun dah jadi halangan .. nak kawen pun pakai kelas dan gred macam barangan stor “

Mereka tergelak. Seirama pun.

“Puan!! zaman nii lagi lagi kat KL nii … kalau kita tak stabil dari segi kewangan dan pegangan hidup susah nak bagi makan anak orang!”

“Kalau anak orang tuu boleh cari makan sendiri bagaimana?”
“Maksud puan ?”

Entah! Aku pun tak perasan apa aku kata.

“Perempuan yang boleh berdikari dan mempunyai sumber pendapatannya sendiri! Termizi kan takleh cari yang sama sama berkerja.”

“Tengah cari nii. Ilham belum sampai!”

Macam nak buat puisi pulak!

“Termizi berasal dari mana ?”

Merisik pulak.

“Lahir di Taiping tapi berpindah randah ikut keluarga merata rata!”

Orang Taiping?

Roti bakar yang di oder sampai.

“Puan nak rasa sekeping?”

“Takpe saya pun nak jaga berat badan jugak !”:

Tergelak lagi. Masih seirama.

“Puan dengar kata En Shamsul kerani stor sebelum saya tuu dah naik pangkat ke eksekutif pemasaran!”

Nii pertanyaan ke makluman.

“Ntah ! Saya kurang pasti pula. Bapa dia Dato Shafie mungkin… !”

“Saya tahu !”

Eh belum habis aku cakap dia dah tahu..

“Tahu apa?”

“Siapa dia sebenarnya !”

“Apa maksud Termizi ?”

Cemburu kut kerani dah jadi pegawai.

“Yang dia tuu anak Dato’ Shafie.”




Tini dan Termizi rapat tetapi setahap rakan sepejabat memastikan urusan stor bekalan dan inventori syarikat dapat berjalan dengan teratur dan effisien. . Jumpa mereka pun sekadar di kantin tingkat 5 pada waktu minum dan makan. Waktu waktu yang mereka dapat semeja Tini merasakan dirinya dalam pemerhatian Termizi. Seolah menyingkap kembali kenangan bayangan yang silam. Namun Tini tidak mengendah sangat kerana Termizi orang yang tidak banyak bercakap yang bukan bukan hanya lebih suka peka pada suasana sekelilingnya. Lebih memerhati. Mungkin Termizi sudah berpunya dan mempunyai.

“Hai Tini …. Lama kita tak sembang ..awak sibuk sangat masa nii … nampaknya stor kita pun dah ok .. tera jugak hang!”

Dian nii lagi…malas aku nak layan

“Hai Jariah apa khabar ?”

Jariah “gedik” duduk tanpa dipelawa. Dia eksekutif pemasaran.Kini berpacaran dengan Shamsul. Dan dia sungguh bangga dapat sangkut dengan Shamsul. ‘Great catch’ katanya. Bukan macam sorang tuu yang ‘desperate’ sangat hingga sanggup berkawan dengan kerani. Kata kata dibelakang nii mungkin di tuju pada Tini siapa lagi. Jariah memang ‘status conscious’ dan hanya sudi kelihatan berkawan dengan mereka yang sama setended. Memilih bulu dia. Tini pun hanya “tolerate’ kerana rakan sesyarikat.

“Sihat! Nii hang melangut bila pegawai bercakap pasai apa?”
Jaraih memuncung kan Termizi.

“Puan saya minta diri dulu!”

“Termizi sila duduk. Saya yang memilih kawan saya. Bukan orang lain!”

“Tak mengapa puan lagi pun saya memang ada kerja nak siapkan.!”
Termizi terus ke kashier membayar.

“Termizi!”

Hishh . Rimas aku dia pula yang membayar makan minum aku.

“Alah dia nak ambik hati hang. Jantan memang lagu tuu. Mula mula bayaq sikit lepas tuu karau balik la”

Lantak kau la Jariah. Kau menilai orang mengikut kacamata mu yang kelabu.

“Sila Duduk!”

“Hang perli aku no. Nii aku nak mai habaq kat hang hang tu senior eksekutif single mingle lagi tak elok duk bersembang dengan kuli macam Termizi tuu”

Berdesing telinga Tini. Ini dah masuk bab menghina.

“Cik puan kalau tak ada kuli macam dia siapa nak jaga syarikat kita. Yang pegawai asyik berfoya dan lepas kata tanpa periksa. Kalau tak ada kuli angkat sampah tiga hari saja KL akan di selimuti sampah sarap.”

“Hishh!!” Jariah mendengus lalu bangun. Tak jadi nak minum.

Tak rugi pun sesen kalau hang tak teman aku. Kuli pula dipanggil pekerja syarikat.




Tak boleh dinafikan bahawa Tini dan Termizi akan berselang seli berjumpa di syarikat itu. Dan perhubungan mereka merayap ke tahap merindu tapi belum mendendam. Masih dalam era malu malu nak nyatakan hasrat. Dari tingkah laku masing masing sudah menunjukkan bahawa rumpun seayunan kalau di lentuk angin. Urusan Termizi di bahagian setor telah diselesaikan dengan cemerlang. Dia di tukarkan ke bahagian Korporat . Tini tak pasti pula tugas baru Termizi tapi mukanya sudah jarang ternampak di kantin. Sejak itu mereka berdua bebas sedikit berjumpa di luar pejabat walau pun tidak selalu.


Malam itu mereka makan di ‘Chillies’ dekat ‘Bangsar Shopping Centre’. Termizi belanja. Ialah dia yang ajak Tini keluar.

“Awak belanja nii dah termimpi nak dapat bonus ke? Setahu saya syarikat bagi bonus hujung ‘financial year’ aje. Mac nii kan?”

“Saya ada sikit simpanan niat nak belanja awak hari ni!”

“Ada apa apa spesel ke? Hari jadi awak? Eh! Saya takde bawa hadiah tau!”

“Idak ! Kalau pun besday saya tak kan awak nak bagi saya hadiah! Ingat pun belum tahu”

Peliknya cakap dia.

“Yelah! saya pun apa sangat yang awak nak belanja kan?”
Soalan tindakbalas. Apa agak dia nak jawab.

“Saya nak minta pandangan awak berkenaan sesuatu. Kalau boleh!”

Hmm.. mengelak dia.

“Shoot!”

Termizi nampak resah. Seperti hendak tak hendak memperkatakan sesuatu.
Dalam terdiam itu makanan yang di pesan di set atas meja.
Termizi merenung ‘lamb chop’nya.

“Berlambak nii tak habis saya!”

Laa..bila dia nak sambung balik sembang ni.

“Kat sini ‘portion’nya begitu le! Kan makanan mat salleh. Besar macam mereka lah.Yang datang makan pun poket besar gak!”

“Oh ya! Saya ada kemusykilan sikit!”

Ngape kat aku yang dia nak hebohkan.

“Kalau kita ada pilihan hati. Kalau. Dan dia belum pun kita beritahu berterus terang. Tapi memang kita rasa serasi dan sesuai dengan jiwa kita. Apa agaknya kita perlu buat?”

Mak datuk. Aku kena jawab ke nii..Kalau akuuu…

“Takleh terus terang ke kat dia?”

Strategi baik. Soalan dijawab dengan soalan.

“Emmphh… tapi ada masalah sikit di sini!”

Dah pulak..

“Kalau keluarga sendiri pula ada pilihan lain ..bagaimana tuu?”

“Bagaimana?”

“Ya! Kalau ibubapa dah bayangkan nak cari jodoh untuk kita. Tapi hati kita berbelah bagi. Calon sendiri pun mungkin dah ada!”

Weii!! Ko tu laki-laki lah. Apahal lak! Zaman nii pompuan pun boleh pilih sendiri. Termasuk aku ke? Kalau keluarga nak jual aku apa ya?

“Oohh!! Ni kes diantara ketaatan dan cinta ya?”


Mereka berbincang isu itu panjang lebar. Akhirnya bersetuju bahawa ketaatan kepada ibu bapa tetap melebihi keperluan sekeping hati. Masih seirama rentak hati mereka. Tapi kepedihan telah mula menular di hati Tini. Berjumpa yang berkenan dijiwa sebelum dapat meluah perasaan mungkin kehilangan selama-lamanya.



Malam selalunya Tini berquamullail dan bersolat hajat. Berdoalah ia pada malam malam nya….

“Ya Allah aku mohon agar di pilih oleh Mu dengan Ilmu Mu aku meminta kemampuan dengan Kodrat Mu serta aku mohon Kurnia Mu yang besar Engkau berkuasa aku tidak berdaya. Engkau mengetahui aku tidak tahu apa-apa dan engkau menyelami segala yang ghaib.

Ya Allah ku memohon agar kau pertemukan jodoh ku dengan pemuda seperti Termizi jika menurut pengetahuan Mu pemuda sebegitu baik bagi ku untuk agama dunia mahu pun akhirat ku .. maka takdirkanlah bagi ku .. lancarkanlah kemudian berilah berkah ! Kalau tidak takdirkan bagi ku pilihan yang sebaiknya dan jadilah hati ku redha buat menerimanya.!”

Kenapa kah yang baik itu tidak semudah memperolehinya. Apakah diri kita juga mesti baik untuk mendapat yang baik. Entah lah. Tini percaya kepada ketentuan dan tetap pasrah kepada apa yang telah ditetapkan kepadanya. Jiwa Tini sentiasa aman dan tenang.



Termizi merasakan tekanan yang amat sangat. Baru terjumpa orang yang boleh di buat ibu rumah yang mempunyai ciri ciri keibuan sudah terkandas ditepi suratan. Sungguh menyesal ia tidak menyatakan hasrat terlebih dahulu agar ia dapat bertahan kedudukan dan menentukan hala tuju kehidupannya sendiri. Kini ia tidak dapat berhujah dengan mantap bilasaja bersemuka dengan kehendak ibu bapanya.

“Jadi kau belum ada pilihan hati la!”

Termizi ingin menjerit ya!.. ya.!. tapi tak terkeluar kata kata. Ia memandang pada ibunya. Tak sampai hati pula ia nak buat bantahan. Ia angguk saja. Lesu.

“Bukan apa emak dan abah dah ada calon isteri untuk zizi . Dah macam berjanji dari dulu dulu. Jadi boleh kita merisik . Kalau boleh zizi ikut sama”

“Emak abah saja yang pergi zizi tak perlu ikut. Ini kan urusan orang tua tua !”

Malas sungguh rasa Termizi. Semangat nya pun tak ada.

“Bukan tak hendak kau menengok bakal isteri? Kalau tak berkenan nanti …”

“Dah emak buat keputusan macam nii bukan tak berkenan pula dengan bakal menantu ?”

“Zizi kau juga kata kau belum ada pilihan hati.. nii emak carikan sekurangnya kau restukan bersama. Kau pun bakal menjadi suami dia!”

“Emak!! saya tak tahu pun hati budinya macam mana saya nak nilai dan tahu..!”

“Sekurang kurangnya ikut abah ngan emak . Kita boleh bincang nanti keputusan zizi!”

“Zizi dah tahu keputusanya mak!!”



Terpaksa Termizi akur dengan kemahuan ibu bapanya. Pasrah jua ia kepada ketentuan.
Kebahgiaan boleh di cipta ..kecintaan boleh di pupuk selepas perkahwinan. Walau apa pun satu perkara sudah pasti. Masalah mertua dengan menantu mungkin ditahap minima bila ibunya yang memilih sendiri. Hari merisik telah pun ditetapkan. Ketidakpuasan Termizi dengan segala yang akan berlaku dipendam begitu sahaja. Tidak perlu melukai hati kedua ibubapanya.



“Kau saja yang bawa kereta zizi. Hanya kita bertiga saja.”

“Saya bawa kereta Merc abah saja. Nanti tahulah mereka kita orang berada “

“Kau jangan nak melalut! Kereta kau pun apa kurangnya “

“Ye lah ! Saya tunggu diluar nii.”

Mereka bertolak awak pagi menuju ke Taiping.
Termizi tidak banyak bercakap hanya ‘cocentrate’ membawa kereta. Ibu bapanya pun tak berapa layan mengetahui bahawa hati Termizi mungkin kurang tenteram. Dalam tiga jam mereka sampai ke Taiping dan singgah minum dan melapik perut di sebuah restoran.

“Dimana rumah yang kita nak tuju bah ?”

“Kita ke Kg Jana . Dalam lima kilometer dari sini. Abah tunjukkan jalan . Abah pun ingat ingat lupa!. Tapi takpe sini jalannya tak seteruk nak cari rumah di KL. Kalau sesat pun sekejap sahaja.”

Kereta mereka meluncur mengikut jalan yang di tunjukkan oleh abah Termizi. Mereka melewati Lake Garden dan meyusur tepi Penjara Taiping di antara penjara yang tertua di Negara ini.



Emak dan abah Termizi di pelawa masuk dengan sopan. Mereka bersalaman dan berpelukan seperti sudah lama tak jumpa.Tidak heboh sangat. Hanya kedua dua keluarga saja yang hadir. Suasana kemesraan nampak terjalin.

“Tuan mana anaknya Termizi ?”

“Eh..bertuan tuan lagi ni … err mizi ‘parking’ kereta kejap nanti dia masuk”

“’Force of habit’ tuan !!”

Termizi meletak kereta dibawah pohon rambutan dihadapan laman.

Jangan ada burung berak lak. Hmm cantik rumah kampong nii. Sejuk mata memandang. Baik aku masuk dan ‘face the music’

Termizi membuka kasutnya sambil memberi salam. Ia masuk ke veranda mendekati mereka yang berkumpul di situ. Ia terlihat gadis yang sedang menatang dulang minuman utuk dijamukan. Mukanya berubah tiba-tiba.
Gadis tersebut mengangkat muka kearah bapa Termizi.

“Tan Sri ???”

kemudian kearah Termizi

“Termizi??”

Termizi semakin gamam.

“Tini???”


Suasana hening sekejap.

“Mizi ini lah gadis yang mak cadang kita nak risik tuu. Hartini !”

Termizi masih ternganga.Tercengang. Terkesima. Badan nya terasa cering.

“Sebenar nya mak dah lama kenal keluarga Tini .. dulu kami berseloroh nak berbesan konon Tapi kali nii kalau kau tak ada apa apa bantahan boleh diteruskan kut.?”

Termizi senyum gemewe.


Tan Sri Mahmud tersenyum melihat keletah Termizi dan Tini yang masing masing tercegat . Tini dengan dulangnya belum diletak dan Termizi yang masih diantara berdiri dan nak duduk di kerusi. Semenjak Tini bertugas disyarikatnya Tan Sri berkenan nekad untuk bermenantukan Tini. Dia sengaja menugaskan Termizi sebagai kerani mengurus setor dan Tini sebagai pegawai penyelia. Kebetulan pula Termizi baru mendapat Sarjana MBA nya dari Cornell University dan perlu pengelaman pratikal dalam bidang pentadbiran dan pengurusan terutama setor dan inventori. Berkat usaha keduanya terurus juga bahagian setor syarikat..Tan Sri sedar ada keserasian diantara mereka dan hari ini mungkin dapat dijalinkan hubungan yang lebih akrab dan bermakna.

“Kau setuju ke mizi?”

Termizi memandang kepada bapanya dan pada Tini. Tini menunduk muka tapi Termizi sempat melihat kuntuman senyuman yang mula melirik dibibir Tini. Tini terus meletak dulang minuman dan terus bergegas masuk ke dapur.

“Apa punya anak dara .. longgok macam tu ja.. tak langsung dia nak atoq minumam !” Merungut emak Tini.

“Takpe kak Inah dia terperanjat kut!”

“Nii mizi nii belum bagi kata putus .. macam orang meminang dia pulak !”

Termizi masih tergamam.

“Hmm.. anak teruna sekarang nii kalau diam tak bercakap apa pun kira setuju la tuu!”

Mereka semua gelak berpanjangan. Merah padam muka Termizi. Dalam hati tuhan saja yang tahu.


Di dapur Tini sibuk menceduk mihun goring untuk menjamu tetamu.

Syukur pada Mu tuhan semesta alam Maha Pengasih Maha Penyayang.
Maha Mengetahui Maha Adil. Terima kasih kerana memakbulkan doa ku dan dengan penentuan Mu ini.

Tini menyiapkan urusan dapurnya.

EPILOQ ( KIRA KIRA 6 BULAN KEMUDIAN)

Tini menikmati nasi+mee gorengnya di kantin tingkat 5. Ia membelek ‘The Star’

Hmmm.. Dah mula ditayangkan hari ini!

“Zi! Jangan lupa temujanji kita. Net sedan menunggu nih! By the way filem yang kita nantikan tuu dah mula ditayangkan hari ni. Net nak booking tuk malam ni pukul 9.15 . Boleh kan? Berjaya Times Square. Parking di situ senang cikit!”

“Ok with me yang !”

“Yang apa?”

“Yang tolong booking tiket laa!”

Tak habis menyakat aku. Nanti kau. Tau apa aku nak buat. Esok aku kurung kau tak keluar bilik satu minggu.
Semenjak hari merisik dulu peristiwa pondok memondok selalu di heboh-hebohkan kedua belah keluarga hingga menjadi usikan manja. Tini terbawa bawa dengan alunan masa dan bahasa dirinya Net –singkatan – Kenit panggilan Termizi kepadanya sewaktu budak budak dahulu. Lamunanya tersentak.

“Tini disini hang minum rupanya!”

Sigedik tu lagi. Kalau tak di sini dimana lagi nak minum.

“Hai Jariah!. Lama tak nampak. Sejak hari tu!”

“Ish!! Aku bizi duk ‘promote’ produk terbaru kita. Nii aku ada berita gempaq nak bagitau hang!”

“Apa pun duduk dulu… awak dah minum ke belum?”

“Aku dah ode!”

“Apa yang gempar sangat nii?”

“Eh! Hang kawan lagi ngan Termizi tu?”

“Yang mana satu ? Kuli kita tu ke?”

Terdegup Jariah menelan air liur . Pedih diperli.

“Ish! Hang jangan duk ingat pasai tu. Aku melawak saja ..”

Lawak bodoh kan.

“Nih hang tau rupanya dia bukan kerani ca… kerani biasa laa..dia tuu ditempatkan untuk buat praktikal di Bhg Admin!”

Apasal awak tak habiskan cakap kerani cabuk aja.

“Alah ! Jariah kerani biasa tetap kerani jugak kan?”

“Tuu bukan yang gempaqnya…”

“Habis tuu..?”

Jariah saperti nak teruskan tapi dimatikan bicaranya di situ.

“Tini hang ada no hp dia tak?”

“Ehh! Awak nak buat apa nak kontek dia ka?Kan awak duk kapel ngan Shamsul?”
“Aki nii dengan Shamsul rasa macam tak ngam..dia tuu kuat melalak dengan ‘client’ tak larat aku nak ikut. Lagi pun aku heran dia asyik melalak ngan ‘client’ betina aje.”

Dah betul la tuu. Bertemu buku dengan ruas. Seorang gik seorang mata keranjang.

“Awak nak tepon dia ke? Mintak kat dia. Mungkin dia datang kat kantin kejap lagi!”

“Tak mungkin kut. Lepais dia di ‘transfer’ ke Bhg Korporat rasanya dia terus di ‘offer’ sebagai CEO (Chief Executive Officer) di salah sebuah anak syarikat kita”

“Siapa kata?”

“Shamsul la. Lagi pun hang tau dia tu anak Tan Sri Mahmud ‘chairman’ kita tu!”

Tak gempaq pun.

“Kau ni biar betul ! Mana bolih kuli tiba yiba nak jadi bos besar syarikat. Tak masuk akal tul!”

“Hei! Dia ada MBA tau! Siap dengan buat ‘apprenticeship’ kat Wycombe Industries di Cornell!”

Macamlah tuu berita baru.

“Apasal tak beritau dari dulu. Nii kena urut balik nih. Aku dah tak kawan dengan dia .”

Dah jadi tunang pun.

“Ish! Ish! Tak sangka dia tu anak Tan Sri..hmmmm”

Boleh telan air liur je kau Jariah.

“Apasal hank tak ‘continue’ngan dia?”

“Kelaurga aku dah ada pilihan sendiri aku ikut aje lah!”

“Apa hang ni. Soal hati jawapannya pada kita bukan orang lain”

“Yelah tapi soalannya siapa yang ‘set’ bukan kita kan? Jawapannya pun bukan kita yang menentukan”

“hang cakap berbelit laa. Keluaraga juai hang pun hang biaq!’

“Takpa Jariah! Asalkan aku bahagia!”

“Huh?”
“Hah! Itu bukan Termizi?”

“Hai Termizi!’ Teriak Jariah.

Loh! Tergedik sunggun awak ni.

“Hai Jariah! Net!”

Jariah hairan kenapa Termizi tak tegur Tini kerana tak perasaan sebutan ‘net’ tadi. Mereka nii dah betul tak kawan kut. Masih ada peluang dia masuk jarum.

Jariah bangun menyambut Termizi. Tini duduk sahaja.

“Termizi hang hebat la! Tak sangka dah jadi bos besaq..betui ka?”

“Apa khabar puan puan?”

Termizi sedang berlakun. Tini senyum sendiri.

“Baik! Baik! Betui ka hang dah jadi CEO ..Cheh ! bertuah gf hang nanti … dapat tuan besaq!”

Cepat sungguh jarum hang berjalan. Siap dengan soalan cepuemas.

“Puan! Jodoh saya biar keluarga menentukan Saya agak sibuk sekarang nak memikir semua itu”

“Eh! Hang pangey aku Jaraiah nu ..loh ! lelaki macho pun kena juakl keluarga jugak?”

“Takpe asalkan saya bahagia!”

Jariah terlepas pandang dengan jawapan yang hampir sama diberikan Termizi dan Tini.

“Nii hang dengan Tini apa kes.. bergaduh besaq ka?”

“Entah? Tini kata keluarga dia dah buat pilihan sendiri. Tini rela ikut kata emak bapa dari kata hatinya!. Jenuh pujuk tak amkan saman tak berhasil”

Tini menahan ketawa. Lakonan Termizi boleh memenangi anugerah Bintang Berita Harian.

“Gituuu .. betui ka hang dilantik CEO ni?”

“Dah rezeki saya!”

“Anak ‘chairman’ katakana!”

“Tuu pun..”

Termizi malas nak sangkal apa-apa. Dia tahu dan yakin atas kebolehannya sendiri. Dia mampu dan mempunyai pengelaman untuk menerajui mana mana syarikat. Dia pasti dia dilantik atas kewibawaannya dan bukan atas dasar nepotisme.

“Kalau hang nak pakai eksekutif baru ambik aku.. aku rekemen aku sendiri !”

Jariah mempelawa separuh berseloroh.

“Tengok lah kalau bos aku tak larang!”

“Wei!! Hang CEO la mana ada lagi bos kat ataih.Hang buat keputusan orang lain ikut .Aparaa!!”

“Tan Sri baru lantik bos saya. Dia takut kalau CEO tak ada bos yang mengawasinya …CEO akan jadi liar ..jadi playboy ..maklumlah dalam syarikat banyak sekretari genit-genit dan eksekutif gedik gedik..”

“Hah! Tak faham aku…”

Tini hamper nak putus tali perut menahan ketawa.

“Jariah ..Tan Sri baru lantik Tini jadi BBCEO!”

“Tini? BBCEO? Tak pernah aku dengaq yang tu !!”

“Yup! Tini sekarang menyandang jawatan BBCEO. Bakal Bos CEO! Lagi 3 bulan Tan Sri akan konfem dia jadi BCEO. Bos CEO. Masa tuu Tak Sri akan jempuat awak ke majlis perasmian perlantikan. Awak mesti hadir tau!!”

“Pergh! Pergh!...hampa nii dah bertunang rupanya. Awat nak melawak sampai lagutu. Meyampahhh…!!”

Jariah bergegas bangun dan mengedi keluar dari kantin. Entah apa yang bersarang dimindanya!

“Eh! Lagu mana pulak ya? Zi mata air awak tuu dah merajuk … minum pun dia tak sentuh.. Zi belanja dia kali terakhir nii..sebagai kenangan masa masa manis zi lalui ngan dia !”

Mereka ketawa. Masih seiringan seirama dengan lengan mereka bersentuhan mesra.

Monday, February 20, 2006

At The Beach

the serenity of the ocean
the pristine whiteness of the beach
vivid remembrance of a person
out of my heart’s reach

you looked at me and the eyes
had a naughty glimpse
red lips with a smile so shy
shimmering with a glossy sheen

the gentle ocean breeze
bubbly waves lapping the beach
this heart is not at peace
those rosy cheeks like a peach

I tried to touch your smile
When I’m feeling blue
It took me awhile
To realize it’s just a photo of you !


(The beach was beautiful and so are you!)

Sunday, February 19, 2006

Andai

andai
ku mampu menyelam diri sendiri
kan ku teroka dalamnya sekeping hati
kan ku baca apakah kaca kata
yang berdenyut di sana

andai
bila mampu ku sampai di hujung
degupan sebuah jantung
mungkin dapat ku lihat
lingkaran urat nadi nan merah
megalir arus rasaan resah
di sebalik tabir harapan ku mengintai
untaian rindu semakin tersadai
di celah celah kenangan yang terurai

andai
dapat ku umpil
hati sekeping ini
untuk diberi
apakah yang ada lagi
pada diri ku nanti

andai
hati ku masih ku tinggal di situ
sanggupkah aku membiarnya
dirimbai penuh menjadi hutan batu?

Di Rantau Ini

angin yang menderu daerah ini
melentur liur pepohon nyiur

angin yang melanda daerah ini
mengugur putik buahan
mengegar hujungan dahan

di daerah ini
meniup sang bayu
adakah hanya menyusur lalu

di daerah ini
dari arah mana
kau menghembus pula?

setegap pohon meregang
dapatkah menahan dedaunan
beterbangan
dibawa angin yang ganas menyerang !!

Heart - Yours & Mine

you asked me to
give my heart to you
you will take it everwhere
you will handle it with care

I watched in dismay
how easily you threw my heart away
in your heart now an empty space
where my name had been erased !

Tuesday, February 14, 2006

Choral Speaking

(Ila draft untuk di semak semula dan di sesuaikan. Tokok tambah mengikut keperluan cerita dan citra rasa sendiri. Ini hanya deraf . Ok Good luck and stay tuned to your study... dad)








Now let’s us look at this macho guy
“Is he handsome .. nooooooooo”
“Is he shy ……nooooooooo”
Neither too handsome but he’s not that shy
“What thenn”…
So many a hearts fancy him that’s why
“Soooo….”
His CGPA his reputation goes up so high

“Woooo up so higghhhhhh….”

Now this young lady of rich parentage
“Who cares………”
A bit cheeky but younger of age
“Uh huh uh huh”
First look at him then she turn her face
“Oowww what a disgrace”
He looked at her and was amazed
“Ouch was that cupid’s arrow …
Stuck in his gaze”

“Its cupid’s arrowww flaming and ablaze …”

But eventually she turned to look back..
“Why why why”
And sigh oh what the heck
“Huh??”
With a come hither look she crane her neck
“And then what and then what”
The look of love stopped him in his track!
“Love ? uuuiiekkkk”
“What love has do with it”

So the dating game began in earnest
“They start with pandang pandang and jeling jeling”
Until both are so madly in love
“They ended calling darling darling”
but love’s journey is never peaceful
“how truuueee… we wish we knew “
it was stressful but oh how beautiful
“Oh dear….the faint hearted stay away from love… you hear”


Through thick and thin through blood sweat and tears
“Ning.. nong ..ning.. nong”
They endure the sorrow of parting and their fears
“Oh la la”
Their love withstood the test of time and years
“Oh my Oh my”
Bonded by sacrifices smiles and cheers
“Way to goooo…”


So here we are to acknowledge their love story
“If not us who else to tell thee…?”
They fought for their love and in the end they do marry
“…Yak yak yay..Yak yak yay…”
at last they got what they want and was very happy
“are you sure pray tell meee…”
So the settled down to start a big familyyyyy…
“Sounds lika a fairy tale to meeeee….”

Monday, February 13, 2006

Medley III

SEKADAR BERTANYA ….


Kata kata yang meniti atas kaca
melompat menangkap rasa
karya dan puisi
yang menggamit hati

pernahkah kita rasa
bahawa setiap bait bait dicipta
khas untuk kita
walau pun siapa yang dituju
kita tidak tahu ?

dan bila kita
hisab situasi
kita mengaku
rindu itu aku
dendam itu aku
kasih itu aku
duka itu aku
sengsara itu aku
bahagia juga aku
hmm.. banyaknya emosi
dalam berpuisi

tapi adakalanya
kita akan khayalkan
siapa dihujung talian
yang gemar mencuit perasaan
kalau lah boleh
talian dialih
tangan dijabat
tanda bersahabat
namun hasrat tinggal hasrat
segala perasaan kita pendam dan sendat
sebagai memori indah
yang tersimpan di dalam cakera padat…


KUMBANG DAN BUNGA


masakan kumbang dapat menyeri
jika mawar yang
mekar di tamansari
penuh dipagar deduri

kumbang
tidak pernah mawar terkulai dipangkuannya
belum ada yang layu di tangan

mekar segar lah kau wahai mawar
tak perlu kumbang mencium kelopak
mencari wagian harum semerbak
harum mawar sedia semarak
meresapi sepelusuk taman teratak

dari jauh kumbang memandang
sebelum terbang menyusur kedamaian
di dada petang


BILA RINDU KELETIHAN


bulan mula hilang ketawa
bintang tidak tersenyum lagi
wilayah itu tidak dihembus sang bayu
awan telah berarak mega sudah berlalu
baru sedar bulan dan bintang
sudah hilang dari pandangan
dinding langit sepi membiru
tiada tercorat sebarang rindu

bulan bintang terbit tinggi
rindu yang satu sayu memerhati
dibibir awan menanti sepi
dahagakan diri disinar kembali
bila malam mula beredar
sinar bintang bulan memudar
dari lena rindu tersedar
pedih diri rasa dicalar
tersenyum rindu menahan sabar


biarkanlah bulan dan bintang
di awangan menghilang diri
rindu yang lama sudah terganti
kemas dibalut dibelai mentari



DI TERATAK INI



wahai teratak
wajah mu kini banyak dipotretkan
oleh penghuni mu sendiri
berwarna warni dindingan mu
dicorat coret laungan rindu
setiap koridor diawan larat
bicara emosi luahan hasrat

laman mu ditanami bungaan rasa
tunas tunas kata dibaja mesra
pawana menkidung suasana
menghembus wangian wagian gelora jiwa

pagar pagar mu disangkut duka dan nestapa
dililiti resah dan kecewa


wahai teratak
cukup kebalkah tembok mu
kukuh kah jendela mu
dijerejak dan dijeraji
cukup tinggi kah pagar mu
mempenjara jiwa dan hati
membendung perasaan penghuni
yang semakin lantang dan berani

apakah reperkusi
bilamana ada rasa
yang mampu melayang tinggi
memerdekakan diri
meloloskan badan
dari wilayah teratak mu nanti?



RINDU ITU LAGI


perlukah rindu dipamir di
situ
sebelum bulan bintang mengambil tahu
apakah rindu ku pada kalian berdua
langsung tidak berharga
adakah rindu dan rasa
terbiar sahaja


setiap kali rindu ku datang dan pergi
bulan membuta bintang tak peduli
perlukah dibicara nanti
rindu sudah tiada lagi
diam menyorok memencil diri

bulan atau bintang dakaplah rindu ku
bisikan dengan manja
kesatkan air matanya
hentikan segala sandiwara

rindu ku ini sudah letih
bila dikerah selalu merintih
rindu ini usah kerap diuja
atas nama hendak diduga
kalau masih enggan menyinari
akan mula ku dambakan
sinaran mentari




MASIH ADA RINDU


Apabila bulan menari bintang menyepi
Kerana tak tertahan menyimpan sepi
Ulitan rindu pun mula hadiri

Rentak tari bulan sungguh mengasyikan
Ingin mendakap kepulan awan
Namun bintang mengerling tajam
Dalam diam mengatur irama
Untuk awan melagu bersama

Pada mentari bintang membisik
Anjakan masa cepatkan sedikit
Dada malam cerahkan semula
Agar bulan beradu semula

Masih menunggu bintang yang satu
Untuk rindu datang bertamu !


KEHILANGAN



Awan yang beradu
Mengukir manis senyum mu
Dan pawana membawa
Nyanyian tangis dan tawa
Kita berdua

Segenggam rindu
Ku kirim dari jauh
Sedakap sayang ku bisikan
Kepada pawana
Yang setia
Menemani sepi ku
Seraut kasih bersemadi
Bersama mu
kau bawa pergi

Segala warisan rasa
Milik kita
terwasiat kepada ku
Namun telah basah
segala kenangan
Terendam air mata resah

Kemana lagi
Ku laungkan rindu ini
Tak siapa akan peduli
Diri mu tak akan ku miliki
Hanya asmara bermain dihati

Semuara dendam
Sepulau rindu
Selaut kasih
Tak tersimpan
Di mana hendak ku laburkan

Adakala ku ingin jungkit
Hujan balik ke langit !

Bila Rindu Berlagu Di Hati

BILA RINDU BERLAGU DI HATI

(Cerpen ini tidak ada kena mengena dengan sesiapa pun di Teratak ini sama ada yang masih hidup atau pun yang telah mati yang sedang rindu atau yang berahi yang berlagu atau yang berpuisi yang memuja atau yang memuji yang mencerca atau yang mencaci yang sedang membaca atau tidak peduli yang baru mula atau yang sudah berhenti yang terlalu suka atau yang amat benci yang bisu atau yang tuli . Pendek kata hanya cerpen semata-mata.Harap maklum……..)


Episod I


Ahad

Nonie melayar dari bilik ke bilik di Teratak Annu membuat posting mencatat pandangan di sana sini dan dimana perlu. Hari ini hatinya agak resah. Entah mengapa mindanya segan berfungsi . Fikiran berat. Ihlam tidak tiba. Tidak ada satu pun puisi yang dapat diilhamkannya. Pendek mahu pun panjang. Minda merangkak. Kegelisahannya semakin menjadi-jadi.

Hari ini Nonie masuk Teratak lalu menyorok malu. Satu perbuatan yang bukan menjadi kebiasaannya. Selalunya ia terus masuk berterangan diketahui semua sahabat handai teratak. Ia tiada mood untuk menjadi aktif seolah hanya ingin memerhati atau meninjau siapa yang sedang berada didalam teratak.

Sudah setengah jam Nonie berada di teratak. Ia pasti tiada posting baru dari “Laguhati”

Sudah tiga hari mamat ni tak masuk ...hidupkah dia lagi agaknya. Dia ni tak boleh jangka kehadirannya…masuk pasti menyorok malu..kalah anak dara sunti
Ish..apa kena dengan aku nii… ikut suka dia la bila nak masuk !

Rentak hati Nonie sukar nak faham. Nonie tak pernah melihat bayangan wajah “Laguhati” Malah kelibatnya pun belum. “Laguhati” ibarat sahabat halimunan. Mereka sering bertengkar berseloroh mengusik bersenda gurau berpuisi berpantun ber…macam macam di alam siber di teratak ini. Sungguh sebati serasian. Adakalanya boleh terasa kesunyian bila lama tak bercanda.. macam tak percaya.

Mula merasa fedup.Lantas Nonie masuk ke teratak pantun sambil menyorat kembali pantun pantun yang pernah mengisi medan peperangan di antara “Laguhati” dan “Cindai Unggu”. Dia tersenyum sendirian.

Mamat nii memang kaki mengusik kuat menyakat sinis dan rajin memerli. Kalau ada didepan dah lama lebam-lebam aku cubit.. Ehh buat apa cubit peluk peluk sikit kan lebih baik…

Senyuman Nonie semakin melebar. Skrin komputernya dihadiri satu mesej. Ada PM dari “Seroja Biru”

Kenapa Bad PM aku.

Nonie membuka PM.

“Nonie I boring la.. Jom kita gi jumpa wan..boleh juga kita cuci-cuci mata.. mana tau kita tersempak dengan laguhati nanti !!

Nanti kau Bad..nak usik aku..rupa “Laguhati” pun tak pernah tengok macamana nak kenal Entah entah dah berbini tiga nak cari yang ke-4

Sah mood Nonie kurang cool.. bila sebut “Laguhati” dia cepat melatah. Tapi ajakan “Seroja Biru” atau besfrennya Badariah pun tepat pada masanya. Nonie pun ingin merihat mindanya dengan ber window shopping. Nonie Membalas PM .

“Bad…you’re being very bad..K lah kita gii jumpa wan. I datang ambil U. Setengah jam lagi K..”

Nonie dan Badariah menggunakan wan sebagai kod rujukan kepada One Utama. Nonie masih tidak puas hati dengan ketidakhadiran “Laguhati” . Entah kenapa.

Baik aku tinggal mesej kat thread pantun ni. Sekuranya dia tahu aku bengang!

Nonie klik ‘Balas Topik Ini’ dan hantar balasan. Nonie baca balik apa yang telah di poskan.

“Kalau jumpa orang seberang
Sila jangan sampai sehari
Hanya hamba tandang sorang
Mana tuan menghilang diri !

Hingga kepamah dari gua
Jalaran sawi akar berjela
Kenapa dirumah bini tua
Giliran bini muda bila pula!”

Hah padan muka hang. Bagi kejutan sikit.Aku nak tengok macamana hang nak jawab.

Nonie seolah tergelak besar. Dia terus ke bilik mandi. Janjinya kepada Badariah perlu ditunaikan.

Bersambung.............


Episod II


Nonie dan Badariah terus ke tempat letak kereta untuk pulang selepas selesai makan malam di One Utama. Dengan tak semena Nonie teringat balik pantun yang telah diposkan petang tadi. Ia agak menyesal dengan kelantangannya. Dia masih leka memikir perkara itu ketika mengundurkan keluar dari petak parking.

“Nonie !! Awas!”

Teriakan amaran Badariah sudah terlewat. Satu dentuman kedengaran. Buntut kereta Nonie sudah terlanggar sebuah Perdana berwarna ‘metallic silver’ yang sedang menyusur di laluan belakang.Mereka bergegas keluar dari kereta begitu juga drebar Perdana.

“Puan tidak apa apa ?”

Sapa drebar tersebut seorang lelaki dalam lingkunga 30’an .

Pelik mamat nii.Orang yang langgar dia , dia pulak yang tanya kita ada apa apa lak! Perli nampak.

“Sori encik sori…saya sungguh tak perasan tadi encik lalu kat belakang!”

Sementara Badariah masih tergamam sambil memerhati sahaja.

“Saya tak lalu belakang. Kereta saya yang lalu.”

Cheewah! Buat lawak pulak dia nii.

“Itulah maksud saya…”

Nonie mengetap bibir. Mood nak makan orang dah mula nak timbul.

“Saya pun sori awak langgar kereta saya.”

“Awak sori! Kenapa pulak”

“Sori awak kena bayar ‘repairnya’ nanti”

Amboi mentang-mentang aku bawa Kelisa dia ingat aku sengkek sangat. Biar aku makan megi dua bulan. Bayar tetap bayar. Maruah wanita mesti dijaga.

Naluri wanitanya mula tercabar. Nonie perhatikan bahawa fender hadapan Perdana teruk juga kemeknya tapi Kelisa nya lebih banyak tercalar dari berlekok. Syukur kerana ‘repair’ boleh ditangguh sementara dia setel masalah mamat nii.

“Encik…kerosakkan ni boleh dihantar ketuk saja. Tak sampai setengah hari mungkin siap”

Badariah mencelah.

“Puan puan orang tak ketuk fender Perdana..orang tukarganti saja..kalau tidak warnanya tak kan ‘matching’”

Woitt! rangginya mamat nii.

“Kami cik cik laa!! Kalau pun kena tukar tukat ajelah. Bil-nya kasi saya”

Tocang Nonie dah mula naik.

Sambil tersenyum drebar Perdana menyatakan dia akan ‘repair’ keretanya. Semenjak terpandang wajah Nonie fikirannya macam tersekat diawangan. Setelah menukar maklumat mereka beredar mengikut destinasi masing masing. Nonie menghantar Badariah pulang. Sebelum tidur Nonie merasa hairan drebar Perdana tadi tidak berjanji untuk menyampaikan bil ‘repair’ kepada dia. Dia membelek ‘calling card’ yang diberi drebar Perdana tadi.

Sabit eksyen bebenor seorang pengarah syarikat rupanya..Eleh aku peduli apa..hmm… Najmi Adnan..

Sebelum terlelap Nonie yakin ia nampak bayangan seorang kanak kanak kecil yang sedang tidur di tempat duduk belakang Perdana..

Najmi ni tentu dah kahwin

Nonie tertidur dengan wajah Najmi dihujung memorinya……







Bersambung……….







Episod III


Dua minggu kemudian Nonie masih tidak menerima apa apa berita berkenaan kos ‘repair’ Perdana. Rimas.

Dia nii pun nak ‘torture’ aku ke? Dah la “Laguhati” duk asyik menyakatnya. Hampeh!

Pantun pantun Nonie telah dibalas “Laguhati”. Sakit hati tul.

“Berlumba todak dengan tenggiri
Terus berlari ketepi dermaga
Hamba tidak menghilang diri
Sibuk mencari bini ketiga!”

Terbakar hati Nonie.

Laguhati ...kau nii manusia apa?
Tapi aku juga yang ‘provoke’ dia.

Pantun seterusnya dari “Laguhati” dapat sedikit sebanyak menyejuk hati Nonie.

“Bakar bauhulu disapu mentega
Kerana acuan tembaga besi
Apa perlu dua dan tiga
Kalau tuan ada disisi! “

Dalam memikir nak balas pantun “Laguhati” terdengar ring tone berdendang lagu Kian...Nonie mendapatkan handpon nya.

“Ellooo..boleh cakap dengan cik Nonie?”

“Siapa nii?”

“Tuan Najmi!”

“Tuannnnn??”

“ Najmi disini ...Mr Perdana!”

“Ooo”

“P Q R S”

“Huh??”

“Ingatkan cik Nonie duk berlatih menyebut abjad jadi saya tolong sambungkan!”

Kurang asam. Baru ‘first call’ dah pandai perli.

“Ya tuannn... Wo Ke Yi Bang Ni Ma?”

“Err nii cik Nonie ke atau telefonis Kementerian Pelancongan?”

Ishhh!! gerammm

“Sayanggg… saya tak ada masa nak melawak !”

Senyap.

“Helloo! Hellooo!”

“Tak perlu teriak saya masih di sini.. sayaannnggg!”

Berderau darah Nonie.

“Apa awak mau??”

“Amboi tali layang benangnya tangsi
Baru tadi sayang karang dah benci!”


Hah ! Rasa pernah dengar pantun dua kerat nii tapi dimana dan bila!

“Cik abe saya sibuk. Cik abe yang talipon dulu. Apa gerangan kehendak kanda.?”

Heh! Heh! Berlakun jap. Sekali sekala.

“Aik! Dah sayang lak! Ngape wanita amat ‘fickle minded’?”

“Apa? Cuba awak ulang sekali lagi”

“Idak! Petang ni hujan tak jadi”

“Apa kena mengena dengan hujan nii??”

“Cik Nonie..maafkan saya kalau benar-benar menganggu..saya kal lain kali”

Lelaki nii kuat merajuk rupanya.

“Takpe …berkenaan bil ‘repair’ kereta en Najmi kan?’

“Agaknya!”

“Agaknya?”

“Yalah pasal bil ni!”

“Berapa saya kena bayar?”

Makan megi sajalah bulan ni aku.

“Boleh dak kita jumpa nak setel perkara ni?”

Nonie diam sejenak.

Apasal pulak dia hendak jumpa aku. Kirimkan saja bil tuu kan boleh. Tapi bayaran perlu juga disampaikan pada dia. Aku perlu jumpa juga nak setel semuanya ini.

“Hmm... boleh. Bila ? Dimana?”

Temujanji di buat. Nonie kal Badariah meminta ditemankan bila berjumpa dengan Najmi.Badariah bersetuju ikut sama. Nonie dududuk kembali dihadapan PC-nya. Dia masih di teratak pantun. Dia tergamam bila melihat pantun “Laguhati” telah dijawab oleh “Seroja Biru”

“Dua tiga kucing berlari
Mana nak sama si kucing belang
Dua tiga Cindai Unggu dah cari
Kat Laguhati juga terlekat sayang!”

Cekap betul dia nii. Jaga kau Bad. Aku piat telinga kang!

Tak jadi Nonie nak jawab pantun. Dia hanya mengeluh. Dalam geramnya sempat juga Nonie tersenyum.






Bersambung...........




Episod IV



Suasana di McD tidak seberapa sibuk bila Nonie dan Badariah sampai situ. Temujanji pukul 5 petang. Najmi sedang menunggu disuata sudut.

Siapa pulak yang dibawa ni? Siapa kedua wanita dan budak comel tuu? Tak kan bini dia pulak ? Nampak setengah umur aje!

“Assalamualaikum”

Salam Nonie di jawab serentak oleh Najmi dan kedua wanita tersebut.Salah seorang dari wanita itu menggenggam erat serta memeluk bahu Nonie.

“Nor...” terpancut suaranya...

“Emak ini bukan Noreen tapi Nonie”

“Saya Nonie makcik dan ini Badariah!”

Kedua wanita nampak keliru macam tak percaya apa yang mereka melihat. Nonie dan Badariah juga harian dengan resepsi yang Nonie terima tadi.


“Nonie yang comel ini mak saya dan yang ayu tuu emak mertua saya”

Nonie dan Badariah menahan gelak.

Sempat pula nak berseloroh dia. Mak? Mak mertua?

“ Apa khabar makcik...makcik!”

“Dan yang nakal nii Najirah anak saya!”


Eee.. comelnya budak nii. Tapi mana ibunya tak nampak pun . Belum habis shopping kut? Kenapa Najirah asyik tenung kat aku? Tudung aku senget ke?

Nonie dan badariah mengambil tempat duduk masing-masing.

Apa pulak hal nya dengan Najmi. Bawa makcik berdua.Jangan jangan makan minum depa pun aku kena ‘support’. Rabak aku.

“Nonie dah lama kenal Najmi?”

“Saya tak kenal pun …saya terlanggar kereta dia hari tu”

“Najmi dah cerita..”

“Jadi hari nii saya nak bincang dengan dia tentang bil tu”

“ Najmi kata tak usah risau kereta tu kereta syarikat. Syarikat akan bereskan segala ‘repair’”

Najmi menghampiri tempat mereka dengan mendukung Najirah.Najirah diletakan sebelahan Nonie.

“Tul tu cik Nonie ! Don’t worry it’s all setlled”

“Tapi..”

“It’s ok . Syarikat akan beres segalanya. Saya buat ‘claim’ nanti”

“Terima kasih”

“Kasih di terima” Selamba aje Najmi.
Badariah tersenyum!

Najirah masih merenung tajam kat aku. Apa kesnya budak nii?

“Auntie Nonie!! Abah kata kan…”

“Najirah...!!”

Terdiam budak tu.

Hmmm... apa lak Najmi mengumpat pasal aku?

Nonie mengusap kepala Najirah.

“Umur berapa sayang…?”

“Lima tahun…”

“Emak mana sayang ?”

Diam. Najirah hanya rapatkan diri. Tangan Nonie dipegangnya.
Sementara itu Najmi ke kaunter untuk memesan makan dan minuman yang mereka inginkan.

“Jadi Nonie baru ni saja kenal Najmi?”

Emak mertua Najmi bersuara.

“Baru sangat makcik...tak sempat bersembang panjang”

Nonie merenung wanita itu.

“Makcik tadi Najmi ada sebaut nama Noreen dan makcik sendiri pun mula menyebut Nor kepada saya!”

“Nak sebenarnya Noreen anak bongsu makcik”
Matanya kelihatan tergenang.

“Arwah dah dua tahun meninggal dunia bersama adik Najirah dalam satu kemalangan jalanraya. “

“Bagaimana ceritanya makcik?”

Nonie tergamam.

“Najmi terlalu sibuk dengan kerjanya sehingga tidak ada masa menghantar arwah bercuti ke kampong makcik. Arwah mengambil teksi. Hanya Najirah saja yang selamat bila teksi di langgar treler!”

Nonie dan Badariah beristighfar.

“Maafkan makcik nak. Wajah Nonie iras iras arwah. Hampir tak percaya makcik kemiripan. Itu sebabnya Najmi menjemput kami berdua untuk menyaksikan dengan mata kepala kami sendiri”

“Betul Nonie wajah anak ada mirip rupa arwah menantu saya. Seakan pelanduk dua serupa” Emak Najmi menjampuk.

Baru ku faham perangai Najirah. Mungkin dalam kesamaran wajah ku seperti ibunya dulu.

Lebih sejam mereka berbual sebelum Nonie dan Badariah meminta diri pulang.
Malam itu Nonie susah nak pejam mata. Dia teringat Najirah yang telah terlelap di atas pangkuan sambil mendakap pinggangnya. Entah bila dia merayap ke atas pangkuan Nonie. Rindu pada belaian seorang ibu mungkin. Nonie faham perasaan mereka yang kehilangan kasih buat selamanya. Nonie tahu sesangat. Tahu sesangat. Tidur Nonie diteman titisan air mata yang mengalir ke bantalnya.



Bersambung........


Episod V


Semenjak pertemuan dengan mak dan bekas mak mertua Najmi, tidak banyak interaksi diantara mereka. Najmi ada menghubungi Nonie bertukaran khabar. Najmi selalu bertanyakan keadaan Najirah. Suka benar dengan budak tu. Tapi panggilan Najmi ‘very gentleman’ . Tak ada usik mengusik. Serious aje bunyinya setiap kali.

Dan “Laguhati” pulak semakin menjadi jadi. Tema dan isu posting nya garang berbaur rindu dendam dan kesepian. Situasi ini membuat Nonie gelisah. Adakalanya ia terasa bahawa semua luahan dan keluhan ditujukan kepada kepadanya seolah memohon satu pengertian yang dia pun tidak berani hendak menjanjikan. Teratak alam siber yang penuh dengan tidak ketentuan. Kata orang rindu tak bertepi namun alam siber tepinya tak akan terjumpa. Biasa kah orang berkasih di alam siber dan kekalkah ?

Dalam pada itu Nonie mulai merindui panggilan dari Najmi. Rindu mendengar suaranya.Keharuan jiwa Nonie. Bergetaran diantar wajah yang bersuara dan rasa tanpa berwajah. Nonie beriktikad. Dia bersolat istikharah. Dipohonnya petunjuk bagi nya mengharungi kehidupan ini dengan penuh berkat dan selamat.


Nonie tidak pernah PM kepada “Laguhati”. Mereka seolah olah telah mencapai sepakatan bahawa segala interaksi biarlah berkisar di teratak sahaja. Biar keakraban persahabatan dibendung didaerah dan wilayah teratak.

Namun hari tu Nonie tergerak buat pertama kalinya menghatar PM kepada “Laguhati”

“Assalammualaikum!

Sdr Laguhati maafkan saya jika menggangu ketenteraman saudara.Masakini saya rasakan puisi dan ‘posting’ saudara banyak memohon perhatian saya. Kita tidak pernah bertentang mata tapi jiwa seni kita sealiran. Apakah kita ditakdirkan hanya berperasaan melalui puisi seloka dan pantun atau mungkinkah kita mampu melangkah keluar dari kepompong ini dan maju melangkah setapak lagi? Saya dalam delima sekarang. Terus terang saya nyatakan hati saya berbelah bagi. Hati ini telah mula terbuka kepada seseorang. Saya pernah bersua dengannya sudah bertemu muka bertentang mata tapi saudara kita masih belegar di alam siber.. Saya perlu atur kehidupan abadi. Hati saya ingin menerima Najmi Adnan dalam hidup saya walau pun dia belum membuka langkah seterusnya. Saudara saya pohon pengertian dan pandangan dari saudara atas langkah saya yang sewajarnya agar tidak ada insan yang akan rasa teraniaya di hari muka. Teman !! Mengertilah. Terima kasih…… Cindai Unggu “

Sebulan Nonie tidak nampak langsung masuknya “Laguhati” ke teratak. Tidak ada aktiviti darinya. PM Nonie pun tidah terjawab. Gelabah juga Nonie dibuatnya. Berbagai andaian bergelodak dalam mindanya.

Sudahkah aku membunuh kreativitinya. Sudahkah serek ia berkarya. Kecil hati mungkin. Merajuk. Rasa terkilan.Ahh!! apa lagi perlu aku lakukan. What will be will be. Que Sera Sera !

Sewaktu asyik melayari teratak satu PM menjelma di skrin. Dari “Laguhati”. Berdebar Nonie membuka dan membaca.

“Walaikummusalam

Cindai Unggu.... saya sering memikirkan PM saudari dulu. Pada saya elok sangatlah saudari mengatur langkah positif mencari penyelesaian soal hati dan kehidupan dialam nyata. Realitinya kita di teratak ini hanyalah sebagai perdagang sementara melayari lautan rasa. Kita ibarat perantau yang bila tibamasanya akan keluar pulang kembali ke tempat asal kita. Hanya ikatan persahabatan yang erat mengikat kita di sini. Saya harap saudari mengorak langkah sendiri mencari bahagia sejati sewajarnya. Sekiranya saudari berjaya dalam mengejar impian dihati ketahuilah bahawa tidak ada lagi beradu rasa di antara laguhati dan cindai unggu. Laguhati akan bersara disini. Namun hubungan kita biarlah berkekalan sehingga hujung masa...Laguhati....”

Semalaman Nonie terfikir berkenaan ayat terakhir “Laguhati”. Dia gagal menemui kefahamannya.













Bersambung...............







Episod Terakhir


Ahad


Pukul 11.00 pagi nada dering Kian berbunyi.....

“Helloo!!”

“Nonie?”

Najmi memanggil.

“Disini”

Nonie cuba berbunyi ‘casual’. Tapi hati menahan debaran. Sudah sebulan juga Najmi tidak kal.

“Nonie !! I need a favour from you?”

Satu ‘favour’ saja ka? Selaut kasih pun sanggup ku beri.

“Emm apa dia ….boleh saya bantu”

“Ececeh..macam iklan pelancongan pula”

“Err ya?”

“Boleh saya nak jumpa Nonie hari ini? Kali ini saya dengan Najirah saja!”

Apa kena dia ni. Tak pernah ajak deting . Buang tabiat ke? Sabar sabar jual mahal sikit.

“Kalau Nonie tak boleh?”

“”Please! Bukan untuk saya. Najirah rindu nak jumpa awak!”

“Najirah ke yang rindu….” Nonie menelan ekor kata-kata tak tersebut ‘bapa ke yang merindu’.

“Nonie please! Saya pun ada hal penting nak cakap dengan awak!”

“K lah Just for Najirah!”

Tak tergambar kegirangan Nonie. Dapat berjumpa semula dengan Najmi. Ia mengeluarkan baju kurung berwarna unggu.

.........................................................................................................................................
Lebih kurang 12 tengah hari Nonie sampai ke tempat yang dijanjikan.
Mereka sedia menanti kedatangannya. Najirah tersenyum senyum.
Najirah memakai baju unggu. Najmi pun begitu. Sedondon.

Macam depa tahu unggu faverit kolor aku. Mak! Sehati sejiwa kita ye!!

“Thank you for coming”

Najirah menghadiahkan satu ciuman ke pipi Nonie.

“Bagi pihak abah!”

Eh! Sikenit ni dah pandai berkiasan.

Nonie rasa macam merah padam mukanya. Malugirang.

Jadi ibu segera aku nak. Ibu segera ibu segera lah. Nak! Nak!
Ishh..tak malu langsung kau nii Nonie. Gerenti dapat ke?

“Apa hal penting yang nak disampaikan?”

Nonie buat muka macho.

“Najirah ni asyik tanyakan Nonie..bila nak jumpa auntie Nonie ..dia asyik teringat kat awak!”

Hah! Teringat-ingat?? . Abahnya macam mana pulak?Bukan pondan kut tak berani nak cakap ke!

“Katanya kalau dapat jumpa awak hari hari pun takpe!”

Hari hari ? Bawa terus aku balik kan senang. Jaga sekali abahnya. Cheh! Apalah kena kau ni Nonie!

“So apa yang boleh saya buat?”

Muka Nonie masih macho.

“Errr! ”

Senyap pula. Gagap apa orang tua ni! Aku dah tumbuh taring ke?

“Err kalau boleh saya nak berkawan dengan Nonie!”

Kawan aje? Kawen terus kan setel semua kes!Mamat ni pergi tadika mana. Nak kawen lah! nak kawenlah! bukan nak kawan ! Sabau Nonie kau tu kan pompuan! .

“Bagi masa saya fikirkan dulu….”

Yes! Yes! Kecik One Utama Stadium Bukit Jalil ada pa!

“Nonie tidak ada halangan kan? Atau mungkin…..”

Ish !! tak sabar sabar dia nii .. ingat kita ni biskut meri ke? Aku nii dah ada buah hati atau belum ..tepuk dada jap! Cinta siber ada kut! Takkan pulak laguhati…Alahaiii..

“Mengelamun jauh nampakk …Awat Cindai Unggu nak tunggu kelulusan dari Laguhati ke?”

Laguhati? Memang aku sedang berlagu dihati nih! Hang nak kat aku ..aku tau!!

Tetiba Nonie tersedar dari lamunan girangnya. Cindai Unggu ? Laguhati? Laguhati? Kemudian segalanya mula menjadi jelas dan nyata. Nonie merasakan kabus yang selaputi dinding hatinya selama ini terhakis dan dihakis angin pengertian.

“Awak!! Awak!! …Awak ni Laguhatiiii…!!”

Angguk!
Tanpa perasaan malu lagi dengan tidak menghiraukan orang orang disekeliling Nonie menerpa lalu menghinggapkan satu cubitan ke paha Najmi.

“Abah!! kenapa auntie Nonie cubit abah?”

Terpinga-pinga Najirah.

“Abah kau nii nakal…tersangatlah nakal!!!”

Nonie memeluk Najirah.

Biar aku ibukan mu sayang. Biar aku!

Airmata Nonie mengalir tanpa disedarinya.

Najmi menggosok pehanya .Kesakitan.
Tak apa lebam dipahanya akan hilang jua.
Lebam dan bengkak cinta di hatinya tak kan kunjung reda!
Najmi mengerling pada Nonie yang masih memeluk Najirah.

Rindu dihatinya berlagu semula !!!



SEKIAN. KALAU-LAH….
.
Ajal Maut Jodoh Tidak Ada
Siapa Yang Dapat Menjangka
Ia Akan Tiba Pada
Bila Bila Masa






EPILOG

AHAD – SEBULAN SELEPAS MAJLIS PERNIKAHAN.

(Disebuah banglo comel … terpampang di tembok pagar hadapan – ‘Teratak Annie’)


“Bang .. emak tanya Nonie hari tuu kenapa kita letak nama rumah nii Teratak Annie .bukan Teratak Nonie ke atau apa!”

“Saja tuu … dia pun tahu kenapa! Kan di situ semua masalah nii timbul !”

Najmi megelak sepit ketam yang mula nak menyepit. Lama lama habis lebam semua paha dimana nak cubit lagi. Najmi tersenyum.

“Tuu kerengeh duk ingat apa ke? Cindai unggu dah takde lagi lah!”

Mereka berdua jarang melawat teratak. Wat apa lawat kalau kucing dan ikan dah duk semeja. Namun ada juga bertanya khabar sahabat sahabat disana. Badariah pun akan melangsung perkahwinan tak lama lagi. Bukan dengan budak teratak tapi seorang ‘supervisor’ di McD One Utama.

Najirah muncul dan terus ke riba Nonie. Pipi Nonie dicium nya.

“Dah bangun anak ummi … ish ! bucuk tak mandi lagi!”

“Alahai ummi pun baru mandi. Rambut pun tak kering lagi”

Nonie mengerling Najmi. Najmi buat-buat sibuk baca Sunday Star.

“Ummi kau tuu terjatuh dalam kolam mandi tadi..asyik duk teringat boifren lama dia.”

“Siapa?” Nonie meninggi suara.

“Laguhati”

“Betul ke ummi ?”

“Merepeklah abah kau tuu!”

“Jie cium pipi ummi aje pipi abah tak nak cium ke?”

“Malaslah Jie ! Ummi sajalah cium!”

Ish !ish! ish!

“Anak abah katakannn!!” Nonie memerli.

“Ye lah! ..kalau nakal anak abah la tu!”

“Abah kenapa Jie tak boleh tidur dengan abah lagi ?“

Najmi dan Nonie berpandangan.

“Awak jawablah!. Kan awak abah dia”

“Jie dah besar kena belajar tidur sendiri”

“Ummi lagi besar ngape boleh tidur ngan abah?”

“ Ummi kau nii jenis penakut.. malam malam kalau mengigau dia kena ada bantal peluk!”

“Pakai bantal peluk Jie ajelah!”

“Yang tu ummi kau buat pilihan” Najmi tersenyum kat Nonie.

Oh tidak! biar aku lemas dalam pelukan mu.

“Apa?”

Eh! Dah ada telepati kau ya.

“ Jie mandi ngan ummi ya!. Nanti kita keluar berjalan-jalan”

Najirah tersenyum girang dan bangun menuju biliknya untuk ambil tuala.
“Bang! Kenapa saya aje kena mandikan dia. Awak tuu asyik baca paper aje. Sekali sekala awak mandikan dia”

“Kan Jie tuu perempuan awak ajelah ajarkan rahsia-rahsia wanita”

“Kalau anak lelaki awak yang uruskan ya?”

“Belum tentu. Lagi pun kalau dapat adik tiri sedosen nanti semuanya ketam macam awak!”

Kusyen hiasan kerusi tepat mengena muka Najmi.
Chis ingat kan dia ada kepit ketam aje rupanya simpan peluru berpandu juga!.
Najmi terus layan surat-surat khabar hari ahad.






Sighhh….

Lovers and Friends

why was those words left unsaid
all you would do is to make me wait
if they were on the tip of your mind
how would I know where to find
they could reside anywhere
or they could even be not there

if there is something in your heart
that’s keeping us apart
please let it out now
please say it aloud somehow
as it is now I’m afraid
things are spinning in my head
is your love turning to hate?

kind words of sympathy
open ears of empathy
a heart full of humility
and I will go with dignity
but why it is necessary
for us to part full of animosity
laden with enmity !!

if friends can be lovers
why can’t it be in the end
that lovers can still be friends ?

Pantun Pelbagai

Sidai panjang bertali benang
Putus benang ditaji pisau
Tak terpandang hati tak tenang
Jika bertentang lagilah risau

Dilarang budak menjual bedak
Jika mempunya pisau belati
Halang tidak minta pun tidak
Hanya ku punya sekeping hati

Gadis ayu mengarang bunga
Diambil sedikit buat meniaga
Sayang berlalu ku pandang hanya
Disakit hati ku rindu jua

Anak menteri membeli madu
Yakin dapat ditanah seberang
Mana lagi nak ku cari rindu
Mungkin tersekat dihati orang

Ada padi hanya diseberang
Baru ditampi termasuk mata
Apa dinanti rindunya orang
Rindu sendiri merajuk kata

Tampi emping biar bersama
Perlu dihentak lesung terkena
Hati sekeping berebutnya lima
Rindu keliru nak tuju kemana

Ikan diminyak terus direndang
Dicampur terung ikan tualang
Sungguh banyak rindu bertandang
Semua merenung tak hendak pulang

Dari keting naik kebetis
Sakitnya kaki terpijak rotan
Hilang kering air setitis
Tak kan mati ikan selautan

Jangan menangis bila ditenung
Kerana baru jadi idaman
Hujan menitis di puncak gunung
Adakah layu bunga di taman

Kajang baldu namanya kain
Warna sedondon selingkar jingga
Kumbang bermadu dilaman lain
Bunga sepohon bermekar juga

bila mengejar sianak rusa
lari jatuh diakar mengkudu
Jiwa gegar digoncang rasa
Hati luruh di kait rindu


Burung merpati mencari dahan
Bulu berwarna merah manggis
Sekeping hati jadi taruhan
Rindu mana akan menangis

Malam belut menuju muara
Tenggelam mati dipijak rusa
Diam mulut bisu bicara
Diam hati kesunyian rasa


Dari barat keli berenang
Sesat mati di hulu Lenggung
sungguh berat hati mengenang
Berat lagi rindu menanggung

Ke dusun kita menanam padi
Disana nanti mencari batu
Ku susun kata ayat tak jadi
Bicara hati termati di situ


Kering bukan basah pun bukan
Tetapi sudah dihimpit masa
Daging bukan darah pun bukan
Puisi indah mencuit rasa

buah delima buah langsat
lazat dijamu diwaktu petang
rindu ku lama sudah tersesat
tidak bertemu jalan nak pulang

hinggap helang di atas batu
banyak di situ akar melata
ku panggil pulang rindu ku satu
dia tak mahu mendengar kata

Tuesday, February 07, 2006

Bila Mentari Menyinar

bulan mula hilang ketawa
bintang tidak tersenyum lagi
wilayah itu tidak dihembus sang bayu
awan telah berarak mega sudah berlalu
baru sedar bulan dan bintang
sudah hilang dari pandangan
dinding langit sepi membiru
tiada tercorat sebarang rindu

bulan bintang terbit tinggi
rindu yang satu sayu memerhati
dibibir awan menanti sepi
dahagakan diri disinar kembali
bila malam mula beredar
sinar bintang bulan memudar
dari lena rindu tersedar
pedih diri rasa dicalar
tersenyum rindu menahan sabar


biarkanlah bulan dan bintang
di awangan menghilang diri
rindu yang lama sudah terganti
kemas dibalut dibelai mentari

Mentafsir Mimpi

malam cuba mendepang tangan
melentik jejari menyentuh lembut
seorang perindu yang mimpinya baru
bertunas diawal tiduran
di ambang kesyahduan
berempati pada mimpi tergambar sepi
mimpi yang dibendung waktu beradu
di usik sang rajawali
yang ingin bertahta di hati

malam melakar ekamatranya
gagal mencipta
epigram sebuah rasa
lalu ia melebarkan sayapnya
menembusi kepekatan kesangsian

belum pun sempat malam
membisik rahsianya
telah mula diusir tirai pagi
yang dilabuhkan cemburunya siang
malam patuh berlalu pergi
meninggal keluhan seorang perindu
yang terngiang-ngiang
merintih kesukaran menginterpretasi
mimpinya sendiri…

Lagu Jiwa III

III

dulu pernah kita bercanda
bergurau senda di desa indah nan sunyi
dedaunan menghijau rumpun meninggi
di kucup hangat sang mentari
dulu adanya lelangit biru
mega awanan berlari di situ
kita memburu cinta
menyusur denai asmara

kini kehijauan kekuningan
diterek kemarau keegoan
kering sungai yang mengalir ke kali
terdampar teratai
dan rumput rumpai
dan berderai segala
lenyap bersama
angin dingin
lenyap bersama
segala rasa
yang dilepaskan begitu saja
oleh dua insan bercinta

tak ku faham apa yang telah berlaku
kenapa rasa berlalu begitu
bagaimana kah harus ku mencari
jika awan hitam sentiasa
melindungi cahaya mentari

hanya ku terasa
tiada apa apa
tiada apa lagi bagi ku di situ

di manakah desa yang indah
yang kita lewati sudah
jadikah ia seperti hati mu
sebuah rantau berhutan batu?

Lagu Jiwa III

LAGU JIWA I


telah ku bisikan rindu
pada angin yang lalu
ia hanya tersenyum pada ku

tika ku laungkan bicara
kepada segumpulan mega
mereka juga ketawa

ku sampaikan pesan
tinggi hingga ke bulan
bintang memberi kucupan

ku kirimkan sepiku
merentas laut yang biru
ombak mengangguk setuju

pernah ku hanyutkan
segala rasa
dari hilir ke muara
sungai yang mengalir
membawanya dengan rela

tapi kenapa bila ku bercerita
bernyanyi lagu jiwa
kau bermuram durja
mudah rasa teruja?

berikanlah senyuman
sedarlah dari khayalan
redhakanlah teman
dengan segala suratan!!
Siapakah merancang
dan siapa yang menentukan?





LAGU JIWA II



Maafkan daku
telah ku kutip rasa yang beterbangan
diseluruh penjuru
ku cuba himpunkan di situ
ku gubah himpunan menjadi lagu
maafkan daku
kalau nyanyian hati terlalu merdu
bagi telinga mu
kalau iramanya
melekakan kau lena
ku hanya garapkan lirik
dari nada yang terusik
maafkan daku
kalau stanzanya amat germersik

daku seorang penyanyi
yang lantang berani
mengalunkan irama sepi
maafkan daku
terlalu gigih menghayati
segala laguan dan puisi


apakah terhukum
penyanyi yang memaklum
tentang amatnya harum
rasa cinta mawar sekuntum?

kalau irama dan lagu
kau pisahkan dari ku
lirik kan tiada suara kan membisu!!