BICARA HATI
BICARA HATI
sudah kedengaran suara hati mu
lembut dan tegas merayu
sekuntum rasa dari ku
telah ku siram lama cinta yang berputik
yang tertanam di lubuk jiwa
namun ketika panas terik
hampir layu dilanda dahaga
hampir ku tinggalkan kekeringan
begitu saja pepohon rasa
kerana kau masih
enggan menyiram dengan bajaan kasih
kalau kini air mata mu
mengimbau jiwa ku
melewati segala janjian
yang dulu telah ku luahkan
bersaksikan bulan dan bintang
ku kan kembali bertandang
menyemarakan taman yang hampir gersang
agar segala kasih sayang kita
tidak berkubur di pusara cinta !
II ………
sekeping hati yang kau bawa lari
separuh nyawa ku tangisi
kau bawa menyusuri
jalan nan penuh onak dan duri
jalan cinta yang tidak sunyi
dari dugaan dan ranjau ngeri
hati itu ku menjejaki
hampir lemas dalam lautan sepi !!
kini kau pula memohon kepastian
dari rindu yang tanpa ketepian
sayang !!
tekapkan rasa mu di dada ku
dengarlah rentak dan irama apa
yang bergetar di situ
berkurun ia memainkan
rentak rindu yang tidak berkesudahan
sayang !!
rasakanlah nadi di lengan
yang berdegup segala kenangan
setiap degupan nadi itu
membilang butiran kasih pada mu
sayang!!
buka dan intai kamar hati ku
yang terpalit di merata dinding
degan gambaran memori wajah mu
dihias dengan harapan
bahawa satu hari nanti
kau lah sayang ku
yang akan tetap menghuni
sayang !!
tak perlu ku bukti segala cinta
kerana yang ada dalam jiwa
hanya diri mu semata mata
bila kau nyalakan semula
sinar bahagia
kau pun tentu akan merasa
panasnya bahang asmara kita !
sayang ... mengerti
ikutlah kata hati !
III……
sepulau sayang telah ku himpun
selaut rindu ku kumpul
segenggam dendam
ku pendam
ku persembahkan kepada mu
apabila kau memerlu
jika semua itu belum mencukupi
kau bisiklah kepada hati ku ini
kerana disitu masih
terkumpul segunung kasih !
IV……
sayang ...
kalau suratan membicara kegagalan
diri ini tidak akan terkilan
ku bersyukur kerana mengetahui
diri ini telah kau kasihi
di mana pun kau akan berada
ku kan abadikan kenangan kita
dan segala cinta yang ada
ku semadikan didalam jiwa
kalau bersama kita tak kesampaian
ku tetap akur takdir tuhan....
sudah kedengaran suara hati mu
lembut dan tegas merayu
sekuntum rasa dari ku
telah ku siram lama cinta yang berputik
yang tertanam di lubuk jiwa
namun ketika panas terik
hampir layu dilanda dahaga
hampir ku tinggalkan kekeringan
begitu saja pepohon rasa
kerana kau masih
enggan menyiram dengan bajaan kasih
kalau kini air mata mu
mengimbau jiwa ku
melewati segala janjian
yang dulu telah ku luahkan
bersaksikan bulan dan bintang
ku kan kembali bertandang
menyemarakan taman yang hampir gersang
agar segala kasih sayang kita
tidak berkubur di pusara cinta !
II ………
sekeping hati yang kau bawa lari
separuh nyawa ku tangisi
kau bawa menyusuri
jalan nan penuh onak dan duri
jalan cinta yang tidak sunyi
dari dugaan dan ranjau ngeri
hati itu ku menjejaki
hampir lemas dalam lautan sepi !!
kini kau pula memohon kepastian
dari rindu yang tanpa ketepian
sayang !!
tekapkan rasa mu di dada ku
dengarlah rentak dan irama apa
yang bergetar di situ
berkurun ia memainkan
rentak rindu yang tidak berkesudahan
sayang !!
rasakanlah nadi di lengan
yang berdegup segala kenangan
setiap degupan nadi itu
membilang butiran kasih pada mu
sayang!!
buka dan intai kamar hati ku
yang terpalit di merata dinding
degan gambaran memori wajah mu
dihias dengan harapan
bahawa satu hari nanti
kau lah sayang ku
yang akan tetap menghuni
sayang !!
tak perlu ku bukti segala cinta
kerana yang ada dalam jiwa
hanya diri mu semata mata
bila kau nyalakan semula
sinar bahagia
kau pun tentu akan merasa
panasnya bahang asmara kita !
sayang ... mengerti
ikutlah kata hati !
III……
sepulau sayang telah ku himpun
selaut rindu ku kumpul
segenggam dendam
ku pendam
ku persembahkan kepada mu
apabila kau memerlu
jika semua itu belum mencukupi
kau bisiklah kepada hati ku ini
kerana disitu masih
terkumpul segunung kasih !
IV……
sayang ...
kalau suratan membicara kegagalan
diri ini tidak akan terkilan
ku bersyukur kerana mengetahui
diri ini telah kau kasihi
di mana pun kau akan berada
ku kan abadikan kenangan kita
dan segala cinta yang ada
ku semadikan didalam jiwa
kalau bersama kita tak kesampaian
ku tetap akur takdir tuhan....

0 Comments:
Post a Comment
<< Home