Wednesday, March 08, 2006

KELIRU TENTANG RINDU

KELIRU TENTANG RINDU


kamu tidak ada dalam ingatan ku
kamu tidak ada dihujung mata hati ku

kamu tidak menggangu mimpi ku
tidak pula kamu hadir dalam lena
tetapi kenapa mesti selalu
bayangan itu tetap ada ?
adakah ini merupa
akar rindu telah mula
hendak menjalar dalam jiwa ?


sekuntum senyum
sepasang mata yang redup
tanpa bernafas tetapi hidup
bibir seolah membisik berkata
mata menyinar ceria
hanya kamu berada
di alam maya

adakalanya aku pun tak sedar
apa yang tergambar
apa yang bercerita
di hamparan rasa

hati aku
enggan lagi dibeban rindu
tapi kini aku keliru
takut nanti yang ku rasa
merupakan khayalan sahaja
atau itu
benar benar rindu kepada kamu
semakin aku menjadi keliru
tentang apa akan berlaku
pada rasa selepas itu !



II………

siang ke petang
rasanya ada rindu
yang bertandang
masih ku keliru
tika malam
lena ku panjang

tika bercanda
mungkin ada
dilawat rasa
bila berpisah
tidak ada
rasa gelisah

biarlah begitu
kelak nanti
kita tahu
yang mana satu
diantara ingatan
dan rasa rindu
dicubit rasa
tahulah kita !

ketukan di pintu hati
kedengaran lagi
tapi ku keliru
kamukah yang menunggu
diluar itu

amat ku bimbang
kamu yang bertandang
tersesat jalan

e-mail hati ku
belum pernah ku beritahu
jadi ku tertanya
kamu dapat dimana

wahai tetamu
maafkan daku
adakah kamu
kenal dengan rindu ku
dan sampai kesini
kamu datang mencari ?

kalau kau masuk
ke bilik hati ku
pasti kau tahu
bahawa tiada lagi
apa yang ada di situ
kerana rindu dan rasa
baru sahaja
terkorban dimedan cinta !


III ……….

agaknya bagaimana rupa
rindu yang sebenarnya
mampukah ia membuat
tidur tak lena

cantikkah atau lawa
kita melihat nya
sehingga kita alpa
atau wajahnya
biasa saja …

adakah rindu
berwarna biru
dihadapan nya
kita hampir terkedu
tergamam gitu

kalau wajah rindu
sukar dinampak
bagaimana nak tahu
yang asli atau yang cetak rompak

banyak soalan diminda
menjadi pening kepala
sungguh amat keliru
bila bicara tentang rindu


IV………

rindu pergi dan datang
ada dan hilang
lalu dan tandang
pagi dan petang
tapi tak perasan

ada yang malu
ada yang mahu
ada yang tegur sapa
ada yang senyum saja
banyak tak berbicara

nah kalau semua itu rindu
yang datang dan pergi
sungguh amat keliru
apa yang terjadi
kalau ada rindu
yang menjelma dalam diri !

V ………

telah ku cuba memahami rasa ini
yang bergelegar di sanubari
pernah ku lewati suatu masa dulu
laluan yang penuh berliku

ku jinjing menyusuri
jalan beronak berduri
gigih menuju ke destinasi
tanpa ku sedari
rindu itu telepas jua
dari jari jemari

aku masih mengingati wajah rindu itu
masih ku tunggu
sampai bila
aku tidak tahu
kini ku keliru
apakah akan hadir
rindu yang baru
aku tidak tahu


VI …..

berbisik diri kepada hati
bilakah ku tahu rindu kemari
hati hanya membisu
seolah olah ia tak tahu
kerana sudah keliru

masih tiada dalam mimpi
tapi hadir dalam illusi
masih kosong dalam dada
tapi seakan dipegang rasa
hmmm ..kalau ada dalam jaga
kenapa tiada masa lena ?

keliru keliru keliru
kalau rindu datang menyapa
tolong beritahu rindu siapa !!



VII………..



lembut menyapa deria
wajah yang datang bertandang
bayangan menari nari
dihujung pandang
di antara kelam dan bercahaya
antara sedar dan lupa

wajah yang bersuara diantara
susunan pesan dan kata
berbicara hanya bertinta cuma
mencuit rasa yang nyenyak lena
terbangun ia menggeliat terpinga
mamai seketika

lama telah rasa bersemadi disitu
memendam diam membisu
mencari mana perginya sebuah rindu
tatkala disergah dari alam mimpi
oleh sapaan lunak suara illusi
terasa pula di pujuk manja

lantas mepuk dada
menanyanlah rasa
apakah rindu lama
yang berbaju baru
atau yang baru
sedang menjelma
menggamit jiwa

rindu silalah perkenalkan diri mu
kepada ku
agar tidak lagi ku keliru !



VIII …….


rindu
tidak penatkah kau menyakat aku
kau datang dan pergi
sesuka hati

rindu
ngape perangai kau begitu
nakal mengetuk pintu hati ku
tak dapat kau biarkan ku tidur merehat badan?
masa tu lah mula
kau usik datang menerpa

rindu
keliru tau kau buat aku
asyik menangani karenah mu
tanpa diundang
tersenyum kau datang
dan wajah siapa pula
bersama mu kau bawa

rindu
jangan la lagutu
macam tak tau malu
menjenguk jendela jiwa
ehem tu tanpa dipelawa
nak kena babab kang
kalau kau bagitau orang
dikamar hati siapa
yang kau gatal menyapa

balik! balik! balik segera
dan jangan lupa tau
tutup baik baik mulut kau
bukan kau tak tahu
aku semakin lama semakin keliru
bila bicara tentang rindu !



XI ……



Rindu ku lepaskan rantai mu
bekelanalah kau kemana mana
ke taman rasa
memerhati bunga bunga
yang mekar di sana
jagalah budi pekerti mu
usah bertindak terburu buru
menyakat dan mengharu

rindu bila kau tidak lagi dibelenggu
molekkanlah tingkah laku
supaya bila kau datang bertandang
jarang disuruh kau pulang

apa yang nanti kau rasakan
apa yang kau terkenangkan
apa yang kau mahu
bicarakanlah kepada ku
agar tidak lagi keliru
tentang segala karenah mu .....

0 Comments:

Post a Comment

<< Home