Ibu dan Anak
IBU ......
wahai ibu
banglo kita banyak bilik
yang cantik cantik
dan di dalamnya
di hiasi barangan antik
beribu harganya
wahai ibu
tidak kah boleh kita ambil satu
kita tumpangkan nenek ku
yang terlantar sakit
di pondok kampong yang sempit
adakah bilik itu akan kelak
usang dan rosak
bila nenek menghuni nanti
menunggu saat mati
wahai ibu
kau jua anak pada nenek ku !!
DUHAI ANAK *********
duhai anak !!
ku tahu kau sibuk
menjaga anak anak mu
kau juga perlu
memastikan keselesaan
menanti kedewasaan
duhai anak !!
tidak perlu kau membawa ibu
masuk ke banglo mu
ku tidak akan tahu
menguna bilik air mu
yang cantik rapi
dan lebih luas lagi
daripada bilik tidur ku ini
duhai anak !!
hanya ku bersyukur
jika dengan jujur
kau memberi kasih sayang
pada ibu mu nii yang sorang
kau jenguk kerana merindu
kau lawat kerana kasih mu
tidak mahu ku merasa
kau kemari kerana terpaksa
duhai anak !!
dalam kemewahan mu
ingatlah aku ibu
yang tidak meminta apa sesuatu
hanya menharap doa restu
dari anak ke seorang ibu
dan bila aku pejamkan mata ku ini
pohonkan kesejahteraan untuk roh ku yang kembali
agar ia dicucuri rahmat oleh Illahi
wahai anak !!
ibu senantiasa berdoa sambil menangis
agar kau menjadi anak yang soleh !!
wahai ibu
banglo kita banyak bilik
yang cantik cantik
dan di dalamnya
di hiasi barangan antik
beribu harganya
wahai ibu
tidak kah boleh kita ambil satu
kita tumpangkan nenek ku
yang terlantar sakit
di pondok kampong yang sempit
adakah bilik itu akan kelak
usang dan rosak
bila nenek menghuni nanti
menunggu saat mati
wahai ibu
kau jua anak pada nenek ku !!
DUHAI ANAK *********
duhai anak !!
ku tahu kau sibuk
menjaga anak anak mu
kau juga perlu
memastikan keselesaan
menanti kedewasaan
duhai anak !!
tidak perlu kau membawa ibu
masuk ke banglo mu
ku tidak akan tahu
menguna bilik air mu
yang cantik rapi
dan lebih luas lagi
daripada bilik tidur ku ini
duhai anak !!
hanya ku bersyukur
jika dengan jujur
kau memberi kasih sayang
pada ibu mu nii yang sorang
kau jenguk kerana merindu
kau lawat kerana kasih mu
tidak mahu ku merasa
kau kemari kerana terpaksa
duhai anak !!
dalam kemewahan mu
ingatlah aku ibu
yang tidak meminta apa sesuatu
hanya menharap doa restu
dari anak ke seorang ibu
dan bila aku pejamkan mata ku ini
pohonkan kesejahteraan untuk roh ku yang kembali
agar ia dicucuri rahmat oleh Illahi
wahai anak !!
ibu senantiasa berdoa sambil menangis
agar kau menjadi anak yang soleh !!
