Wednesday, December 07, 2005

Kan Ku Utuskan Untuk Mu

(Untuk panduan mengarang puisi)


ingin ku khabarkan
biar tujuh bilah lembing tercacak didada
rindu ini tak ku lepas jua

ingin ku kahabarkan
tujuh gunung tujuh lautan
kerana kasih ku redah jua

ingin ku kahabarkan
tujuh tahun rindu membara
baru kini nampak apinya

ingin ku tanyakan
tujuh syurga dimana pintu
untuk ku masuk
mengapai kasih mu


ingin ku kahabarkan
tujuh dukun telah ku temu
tujuh purnama daku terlantar
rindu mu jua jadi penawar

pernahkah ku bicara
sedemikian rupa ??
belum pernah ku lafazkan itu semua ??
tunggu !!
ku akan kirimkan
titisan titisan perasaan
yang kian lama terpendam

ku kirim setitis sayang ku
walau setitis cuma
disertakan jiwa dan raga

ku kirim setitis kasih ku
walau setitis cuma
nyawa dan badan terkandung bersama

ku kirim setitis rindu ku
walau setitis cuma
langit dan bumi ada didalamnya

ku kan berpesan kepada angin yang berlalu
bawalah titisan titisan
kasih sayang rindu
sampaikan semuanya itu
kepada mu

0 Comments:

Post a Comment

<< Home