Untuk Renungan
Mencari
nyaman subuh
mencuit jiwa
tetap ku mencari paginya
pagi – menyegar minda
aku mencari
dini hari
bertandangnya dini hari
ku mengejar ceria petang
dan didada petang
ku merindu
keheningan malam
malam menyaksi
kedegilan hati ini
membawa ke tidur
dimana walau dalam mimpi
tidak ada satu
yang ku mencari
dapat ku perolehi
kini ku sedari
perlu apakah ku mencari-cari
kerana ia tidak pernah
hilang sejak azali
Di Mana Kau
aku mencari sahabat
yang tiada cacat cela
serba serbi sempurna
aku mencari
merata-rata
di mana mereka
dan sungguhlah hairan
kenapa aku kini
sepi sunyi
tanpa berteman
Pengubat Jiwa
terlalu berat ku rasa
tekanan perasaan
namun bila
dicerna
sedarlah ku akhirnya
bahawa perkara- perkara
yang kecil mampu mengubati jiwa
kerana perkara kecil seringkali
menjangkiti hati
Peduli Tidak
jangan!! ‘ Apa orang lain kata’
dan aku akur
tidak jadi buat
agar tidak terlanjur..
jangan!! ‘Apa orang lain kata’
dan aku tanpa segan silu
memutus niat itu
orang lain inginkan begitu..
jangan!! ‘ Apa orang lain kata’
aku akur lagi
terpinga-pinga
merajuk diri
ini hidup ku !
sakit demam
resah pilu
orang lain tak akan tahu
ini hidup ku !
tangis sendu
sepi rindu
orang lain tak akan tahu
besi kayu batu
boleh mematah tulang belulang ku
tapi kau …‘Apa orang lain kata’
tak sekali
dalam hidup ini
pernah ku melihat dirimu
pernah kita bertemu
kenapa nian
aku perlu
sentiasa menunduk
kepada segala kehendak mu?
dengar sini duhai “Apa orang lain kata’
dari hari ini akan bermula
satu paradigma baru
telunjuk mu
tidak perlu ku peduli
segala tatakelakuan kini
segala perancangan sendiri
akan berpaksi
kepada
‘Apa kata aku’
tenkiu !!
nyaman subuh
mencuit jiwa
tetap ku mencari paginya
pagi – menyegar minda
aku mencari
dini hari
bertandangnya dini hari
ku mengejar ceria petang
dan didada petang
ku merindu
keheningan malam
malam menyaksi
kedegilan hati ini
membawa ke tidur
dimana walau dalam mimpi
tidak ada satu
yang ku mencari
dapat ku perolehi
kini ku sedari
perlu apakah ku mencari-cari
kerana ia tidak pernah
hilang sejak azali
Di Mana Kau
aku mencari sahabat
yang tiada cacat cela
serba serbi sempurna
aku mencari
merata-rata
di mana mereka
dan sungguhlah hairan
kenapa aku kini
sepi sunyi
tanpa berteman
Pengubat Jiwa
terlalu berat ku rasa
tekanan perasaan
namun bila
dicerna
sedarlah ku akhirnya
bahawa perkara- perkara
yang kecil mampu mengubati jiwa
kerana perkara kecil seringkali
menjangkiti hati
Peduli Tidak
jangan!! ‘ Apa orang lain kata’
dan aku akur
tidak jadi buat
agar tidak terlanjur..
jangan!! ‘Apa orang lain kata’
dan aku tanpa segan silu
memutus niat itu
orang lain inginkan begitu..
jangan!! ‘ Apa orang lain kata’
aku akur lagi
terpinga-pinga
merajuk diri
ini hidup ku !
sakit demam
resah pilu
orang lain tak akan tahu
ini hidup ku !
tangis sendu
sepi rindu
orang lain tak akan tahu
besi kayu batu
boleh mematah tulang belulang ku
tapi kau …‘Apa orang lain kata’
tak sekali
dalam hidup ini
pernah ku melihat dirimu
pernah kita bertemu
kenapa nian
aku perlu
sentiasa menunduk
kepada segala kehendak mu?
dengar sini duhai “Apa orang lain kata’
dari hari ini akan bermula
satu paradigma baru
telunjuk mu
tidak perlu ku peduli
segala tatakelakuan kini
segala perancangan sendiri
akan berpaksi
kepada
‘Apa kata aku’
tenkiu !!
